Resepi dan Cara membuat Roti Gebu

Untung betul anak-anak zaman sekarang ni kan. Mak zaman sekarang dah pandai buat bisnes online kuih muih roti. Yang untung anaknye la kan, siap bakar sedulang sebiji dia rasmi dulu. Pastu sebiji lagi. Eh pastu sebiji lagi sampai berbiji-biji. Last-last mak ko buat kan sedulang untuk ko. Haaaa makan habiskan. Resepi roti Gebu cara saya.

Bahan yang diperlukan:

  • 1/2 kg tepung roti.
  • 1 paket yis mauripan.
  • 1/2 cawan susu pekat manis.
  • 1 cawan air sejuk (300ml).
  • 1 sudu kecil bread improver.
  • 1 sudu kecil emplex.
  • 1/2 cawan marjerin/shortening (sy guna marjerin je).
  • 1 cawan ais batu kiub (kalau besar2 hancurkan jadi halus2).

Cara-caranya:

  1. Tepung roti masukkan dlm besen besar tujuan nye senang utk menguli. Masukkan sekali bread improver dan emplex. Gaul sebati.
  2. Susu pekat manis campur dgn 1cawan air sejuk. Kacau sebati kemudian tuangkan mauripan ke dalam nye. Biarkan selama 5-10minit. Agak berbuih masukkan ke dlm roti.
  3. Gaul sebati. Kemudian masukkan 2biji kuning telur. Uli lagi sampai sebati.
  4. Kemudian masukkan ais batu tadi, uli sebati sampai ais batu tadi hancur dan sebati dgn tepung.
  5. Last baru masukkan marjerin/shortening. Uli sebati.. lanyak je sekuat hati sampai doh tu jadi kenyal elastik..
  6. Part 5 ni mmg adunan agak lembik dan melekat di tangan. Amik balance tepung roti yg x digunakan tu, guna segenggam2 dulu tabur di doh roti kemudian ganyang puas2 bolak balik tarik tolak pastu hempas2 sikit doh tu kat meja klo pakai tangan.. meja alas dgn wrapping dulu ke plastik ke… senang nak ganyang atas meja pulak.. proses uli pakai tangan lebih kurang 15minit.. sado x sado la tangan tu nanti klo pakai mixer biar mesin je yg buat.. kita duduk dulu minum kopi o cecah biskut.
  7. Bakar 160┬░ atas bawah selama 30 minit. Ikut oven masing2. Kalau roti tu masih putih lagi. Tambah lagi masa 10minit bagi nampak keperang perangan.. ok guys selamat mencuba.
Baca juga :  Roti Bakar tersedap ni anda kena cuba untuk sarapan pagi ni. Mudah je nak buat!

Cup size 15. Doh berat 50gram. Biarkan 30 minit atau 45 minit kembang. Baru bakar. Pandai ejas masa. Kadang cuaca panas cepat naik. Cuaca sejuk lambat naik. Bergantung cuaca.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Kylla Shakiera. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.