Cara untuk membuat Kuey Teow Sup Thai yang padu tak terkata. Hirup-hirup panas memang terbaik!

Cara untuk membuat Kuey Teow Sup Thai yang padu tak terkata. Hirup-hirup panas memang terbaik! Ada yang suka tak? Bau aroma akar ketumbar ditambah minyak bawang putih tu membangkitkan selera hujan-hujan ni. Jemput mkn semua. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Lynda Nazri. Terima kasih.

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 1 ekor ayam.
  • Kicap sotong dan Kicap cair secukupnya.
  • Lada hitam ditumbuk.
  • Lada sulah secukupnya.
  • 1 labu Bawang putih dikisar.
  • Akar ketumbar.
  • 1 ketul Kiub ayam.

Bahan-bahan lain dan hiasan:

  • Mee / bihun / kuey teow.
  • Taugeh dicelur.
  • Kangkung atau sawi dicelur.
  • Kacang tumbuk.
  • Lobak masin dicelur.
  • Ayam / daging / perut (yang di racik halus.
  • Serbuk cili kisar.
  • Cili jeruk dan Daun ketumbar.
Baca juga :  Cara untuk membuat Udang Masak Kam Heong yang menyelerakan. Resepi gerenti tambah nasi ni tau.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Didihkan air dalam periuk dan masukkan akar ketumbar, ayam, kicap cair,kicap sotong, kiub ayam, lada sulah dan lada hitam yang dah di tumbuk halus tadi. Masak sehingga mendidih.
  2. Sambil menunggu ianya mendidih, tumiskan bawang putih yang dah diblend tadi sampai kekuningan dan terus curah ke dalam kuah tadi. Time ni kuah wangi. Bau macam bihun pama dan perasakan dengan garam, aji dan gula sikit. Bahan-bahan ni saya agak-agak je ye untuk yang banyak mana saya masak.
  3. Tunggu ayam lembut sikit baru keluarkan ayam yang isi untuk diracik halus. Kemudian boleh la hidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang lain.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sup Daging Siam yang Mudah, sedap, dan nikmat lain macam dari sup biasa.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.