Mudah rupanya untuk membuat Homemade Peanut Butter ni. Pastinya lebih sihat dan berkhasiat!

Apa yang anak suka makan, itu yang seronok hendak dibuat. Ok hari itu cuba buat homemade peanut butter. Senang sangat rupa-rupanya. Yang penting tiada campuran gula putih, pengawet, pewarna dan perisa. Lebih menyihatkan dan berkhasiat. Terima kasih kepada Puan Hasniza Hassan kerana berkongsi cara untuk membuatnya.

Bahan-bahannya ada 4 sahaja:

  • 2 1/2 cawan kacang tanah.
  • 3 sudu besar madu.
  • 12-15 sudu besar minyak zaitun (boleh digantikan dengan minyak sayuran lain).
  • 1/2 sudu kecil garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak di atas api kecil selama lebih kurang 20 ke 30 minit. Kacau selalu setiap 1-3 minit supaya tak hangus. Nak bakar dalam oven pun boleh.
  2. Apabila kacang dah mula berbau ‘masak’, kulit mula tanggal dan rasa rangup, maka tutup api.
  3. Buang kulit kacang sampai bersih. Ketepikan kacang yang hitam atau hangus. Jangan dicampur nanti pahit.
  4. Masukkan kacang dalam pengisar. Kisar sampai separuh halus. Tambahkan madu, garam dan minyak sayuran. Kak Has guna minyak zaitun yang mild and light tasting supaya tiada bau dan rasa yang tak enak.
  5. Masukkan minyak berperingkat-peringkat. Kisar lagi sampai halus. Boleh tambah minyak sekiranya tekstur masih kental. Yeay dah siap.
  6. Masukkan dalam bekas bersih dan simpan dalam peti sejuk. Sapu atas roti, memang sedap dimakan.
Baca juga :  Cara untuk Membuat Satar Ikan. Anda pasti puas hati dengan rasanya yang sedap dan memukau selera anda!

Selamat mencuba ya!

 

 

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.