Cara Buat Peanut Butter Homemade Lebih Sihat & Tanpa Gula

Nak cuba buat sesuatu yang sedap dan menyihatkan? Cuba buat peanut butter @ mentega kacang homemade tanpa gula ni. Jika beli di kedai, mentega kacang versi ini memang harganya lebih mahal dari yang biasa. Sebalang kecil harganya boleh mencecah belas dan puluhan ringgit. Malah kebanyakan darinya diimport dari luar negara. Tapi usah risau kerana sekarang anda boleh hasilkan sendiri. Menarik kan? Jom lihat resipi perkongsian saudari Siti Iela dan bahan-bahan yang diperlukan.

500gm kacang tanah tanpa kulit

Baca juga :  Resepi Ayam Bakar Meraung yang tersangat sedap. Tengok gambar pun dah terliur.

1. Sangai kacang tanah tanpa minyak. Guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangus.

2. Masak hingga kacang jadi seperti ini

3. Kisar kacang menggunakan pengisar kering.

4. Kisar sehingga mendapat tekstur likat seperti ini.

5. Siap untuk dinikmati.

6. Jika mahu mentega kacang yang ada tekstur kasar, ambil segenggam kacang tanah yang disangai, tumbuk kasar dan campurkan dalam bekas mentega kacang tadi. Gaul rata dan siap untuk digunakan.

Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Makmur. Gebu-gebu dan cari dalam mulut!

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.