Resepi lengkap untuk membuat Pai Epal. Menu minum petang yang pasti anak anda gemari!

Malam ni kak Has nak kongsikan resepi pai epal mak kak Has yang dipelajarinya hampir 40 tahun tahun lalu. Sesekali beliau akan buatkan untuk anak cucu dan anak-anak saudara yang datang ke rumah.
Taklah susah sangat nak membuatnya. Cuma sebab ada banyak gula, maka makanlah berpada-pada ya hehe. Terima kasih kepada Puan Hasniza Hassan untuk resepi ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya untuk Inti Epal (untuk lebih kurang 1 loyang pai saiz 7-8 inci):

  • 3 biji epal hijau.
  • 4 oz gula pasir (boleh gantikan dengn gula perang).
  • 3 oz air tapis.

Bahan Adunan Pastri:

  • 155 gm tepung gandum.
  • 125 gm tepung naik sendiri.
  • 125 gm margerin.
  • 1 biji telur.
  • Air sejuk dari peti ais.

Untuk inti epal:

  • Epal hijau dibuang kulit. Hiris nipis-nipis dan rendam dalam air garam. Masak epal hijau yang dihiris tadi dengan gula pasir/ perang dan air. Boleh adjust kemanisannya. Masak hingga lembut dan hancur. Kemudian tiriskan air dan ambil hanya inti epal. Inti epal ini boleh dibuat lebih awal dan disimpan dalam peti ais
Baca juga :  Resepi untuk membuat Creamy Chicken Mushroom Pie. Inti yang Enak, padu dan padat!

Untuk adunan pastri:

  1. Tepung gandum dan tepung naik sendiri dicampurkan. Gaulkan margerin dengan tepung hingga sebati. Masukkan telur dan air sejuk dari peti ais dan uli hingga lembut.
  2. Canai setebal lebih kurang 2mm. Sesuaikan pastri dengan saiz loyang yang anda guna. Masukkan ke dalam loyang pai. Kemaskan tepi pastri.
  3. Tebarkan inti epal ke dalam pastri. Jangan terlalu nipis atau tebal, sedang-sedang saja. Kemudian tutup dengan sekeping lagi pastri. Boleh guna garpu untuk kemaskan tepi pastri dan buat corak.
  4. Sapukan kuning telur diatas pastri penutup tadi. Bakar dalam oven dengan kepanasan sekitar 200°C selama lebih kurang 40 minit (Kak Has guna tray di belah bawah). Tengok-tengok juga ya kalau masih kurang masak di bahagian bawah pai, boleh ditambah masa.
  5. Alhamdulillah dah siap. Puas hati buat sendiri sebab boleh kawal kemanisannya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Ketumbar yang sangat menyelerakan. Sesuai digandingkan dengan pelbagai menu lain.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.