Resepi bihun goreng kampung yang ringkas tapu padu dan enak sangat rasanya. Wajib cuba tau!

Nah resipi mihun goreng kampung macam yang mak-mak selalu buat. Ringkas saja bahan tapi sedap bukan main. Hanya 4 bahan saja tau. Tak payah bubuh ayam, sotong bagai. Cukup hanya dengan udang kering saja. Wajib cuba tau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Umi Watie. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 3 sudu besar cili kisar.
  • 1 sudu besar udang kering.

Ini untuk masak setengah peket bihun tau. Lebih kurang 200g. Rendam bihun sampai lembut.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bawang merah Dan bawang putih tu tumbuk kasar. Masukkan cili kisar bila bawang dah kekuningan. Tumis sampai cili garing.
  2. Tumiskan sampai pecah minyak. Macam mana nak tahu dah pecah minyak? Bila nampak minyak dan bahan tumis terpisah.
  3. Masukkan air dalam 2 cawan. Biarkan dia mendidih.
  4. Masukkan udang kering yang dah direndam Dan di tumbuk halus.
  5. Biarkan dia mendidih lagi. Biar semua bahan sebati dan mesra.
  6. Perasakan dengan garam ikut selera. Bihun ni tawar bukan macam Mee kuning.
  7. Bubuh juga gula, ini pun ikut selera. Tak suka tak payah bubuh. Kakchik guna gula perang. Kacau-kacaukan semua bahan.
  8. Kecilkan api, masukkan bihun yang sudah direndam lebih awal. Gaulkan sebati.
  9. Tapi jangan besar tau. Jangan kacau kasar sangat sampai bihun hancur. Api kecil jangan besar. Balik-balik kan supaya masak rata. Masak sampai air kering.
  10. Tadaaaa dah siap. Senang je kan masak bihun kampung ini. Jom hidangkan dalam mangkuk.
Baca juga :  Cara membuat Bihun Siam Goreng cara Singapore. Keenanakan dalam setiap suapan.

Kakchik hiasakan dengan daun bawang. Lepas tu buat telur gulung Dan cucur pisang. Buat air teh o panas. Perghhh padu wei. Hilang niat nak berdiet. Kakchik memang cukup suka makan bihun goreng. Kadang dari pagi sampai malam pun boleh makan berulang. Lebih lagi kalau yang mak masak.

Biasa mak akan buat telur dadar nipis. Lepas tu taburkan atas mihun. Sedap wei, simple saja tapi air tangan mak buat mihun kosong pun sedap yakmat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.