Cara untuk membuat Biskut Tart Nanas yang lembut, padu dan gebu! Koleksi kuih raya anda pasti lengkap.

Biskut tart nanas frozen cara yang telah dikongsikan Aisyah Humaira. Makan terpaksa lapik tangan sebab sangat rapuh, berlemak, gebu dan cair dimulut. Buat tahun lepas ramai puji sedap!

Jom zie kongsi resepi lepas ni korang boleh buat sendiri. Doakan nurul Roziantie sekeluarga diberkati rezeki amin.

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum ros =600gm.
  • 1 cawan tepung beras.
  • 8 sudu besar tepung jagung.
  • 2 sudu besar tepung kastard.
  • 5 sudu besar gula kastor (ikut manis yg nak).
  • 2 cawan butter @ 2 buku kalau jenis ketul.
  • 1 sudu teh esen vanilla.
  • 1 biji kuning telur.
  • 1 sudu besar penuh membukit minyak sapi.
  • 5 sudu besar santan (optional).
  • Jem nanas secukupnya dan bulatkan. Sebelum bulatkan sapu butter dulu pada tangan untuk hasil jem cantik dan mudah dibulat.
Baca juga :  Cara Membuat Brownies Cookies

Cara-cara:

  1. Ayak tepung beras, tepung jagung dan ketepikan. Dalam bekas besar satukan butter, minyak sapi, gula kastor dan kacau pakai senduk sekadar sebatikan jgn sampai kembang.
  2. Masukan esen vanilla, kuning telur dan santan Ayam Brand kacau rata akhir sekali masukan tepung separuh dahulu kacau rata dan masuk sikit-sikit hingga terhasil adunan yang tidak melekat pada tangan. Jika adunan masih lembik boleh masukan tepung gandum.
  3. Canaikan doh dan terap menggunakan acuan tart yg disukai. Hias atasnya dengan inti jem nanas bakar selama 25 minit atau sehingga masak dgn suhu 160c api atas bawah.
Baca juga :  Cara untuk membuat Portugis Egg Tart yang rangup diluar dan lemak berkrim didalam.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.