Portugis Egg Tart yang pastinya membuatkan selera anda tergoda teruk!

Setelah sekian lama saya peram resepi perkongsian Mummy Yoi, baru hari ni rajin tu nak datang. Sempat la siapkan beberapa butir untuk anak beranak makan nanti. Jom kita cuba resepu yang telah dikongsikan oleh Puan Zaihanififie Abu Bakar oleh Elaine Lee. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kulit paratha jenama KAWAN. 8 keping dapat buat dalam 12 biji.
  • Whipping cream 75 gram.
  • Telur ayam 2 biji.
  • Gula pasir 50 gram.
  • Air panas 110 ml.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan air panas dan gula halus dalam bekas dan kacaukan hingga hancur kemudian sejukkan. Masukkan telur, Whipping cream dan kacau rata lagi kemudian ketepikan. Masukkan adunan tadi ke dalam peti sejuk selama setengah jam.
  2. Keluarkan Pastry dari peti sejuk dan biarkan selama 5 minit. Ratakan menjadi empat segi Pastry dan gulung seperti gambar 1.
  3. Setelah gulungan pertama digulung, gulung sekali lagi Pastry menjadi seperti gambar 2.
  4. Potong pastri yang digulung menjadi tiga bahagian seperti gambar 3.
  5. Masukan dalam bekas acuan pastri puff, tekan mengikut acuan seperti gambar 4.
  6. Cucuk beberapa lubang dengan garfu pada bahagian bawah pastri tadi seperti gambar 5, Ini adalah untuk mengelakkan kuning telur daripada mengembung semasa dibakar.
  7. Akhir sekali tutup permukaan pastri seperti gambar 6.
  8. Panaskan Air fryer pada suhu 160 darjah selama 5 minit. Kemudian masukkan tart kita tadi dan bakar selama lebih kurang 15 minit. Selepas 15 minit, sesuaikan suhu hingga 180 darjah dan sambug bakar lagi selama 5 minit.
  9. Biarkan tart kita tadi sampai ianya bertukar kepada berwarna keperangan sedikit. Sesuaikan suhu mengikut oven adan.
Baca juga :  Resepi Apam Pisang lembut dan penuh dengan rasa yang mengasyikkan. Setiap gigitan pasti berbaloi!

Dah siap! Sedap dimakan panas-panas. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.