Cara untuk membuat Cendawan Celup Tepung yang garing, rangup dan enak!

Terasa nak mengunyah cendawan celup tepung. Goreng garing-garing sangat ranggup! Sedar tak sedar dah licin. Jom tengok resepi dan cara untuk membuatnya oleh Puan Aisyah Humaira. Selamat mencuba.

Bahan-bahan Kering:

  • 1 cawan tepung bestari pedas (tak suka pedas boleh pilih yg original).
  • 2 sudu besar penuh membukit tepung jagung.
  • 3 sudu besar penuh membukit tepung beras.
  • Sedikit serbuk kunyit ikut warna kuning yg diingini.

Bahan-bahan berikutnya:

  • 1 peket cendawan.
  • 2 sudu besar air kapur makan.
  • Minyak masak saji Malaysia secukupnya.
  • Garam secukup rasa.
  • Air secukupnya.
Baca juga :  Resepi Ayam Bakar yang menyelerakan

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan kering dalam bekas kacau rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau hingga terhasil adunan yang tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
  2. Masukkan separuh dahulu cendawan ke dalam adunan dan biar salut sekata.
  3. Panaskan minyak saji dan masukkan satu persatu cendawan goreng hingga garing. siap.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.