Cara-cara untuk membuat Kulit Tart. Memudahkan anda membuat tart yang sedap kelak!

Sekali lagi saya kongsikan resepi buat kulit tart. Siapa sangka kulit tart ni bole jadi side income. Bila kita buat dengan ikhlas dan sedap orang akan cari kulit tart kita. Orang sekarang dah malas nak buat kulit. Kulit tart ini boleh digunakan untuk buat cheese tart mau pun fruit tart. Cara ini telah dikongsikan oleh Puan Hlinda Hlinda. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 gm majerin.
  • 100 gm gula kastor.
  • 1 biji telur – tak kisah gred apa.
  • 1 sudu kecil Esen vanilla.
  • 500 gm tepung gandum lebih kurang asalkan adunan tak lembik dan keras sangat.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan majerin, gula kastor, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Tak perlu Kacau sehingga kembang hanya sekadar sebati.
  2. Selepas adunan diatas sebati boleh masukkan tepung. Gaul sehingga sebati. Jika lembik dan melekat di jari boleh masukkan sikit lagi tepung. Kemudian masukkan dalam sarung acuan tart kita.
  3. Bakar dalam suhu 170 darjah selama 20 minit. Gunakan api atas dan bawah.
  4. Nak tau shell tart ni dah masak, cuba terbalikkan acuan. Jika shell tart tak boleh keluar dari acuan tu bermakna shell tart tu belum masak. Boleh tambah lagi masa lagi. Suhu tu bergantung pada oven masing-masing ya. Saiz acuan 4.5cm. Bagi adunan ni saya dapat 110 – 115 pcs.
Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Tart Nanas yang lembut, padu dan gebu! Koleksi kuih raya anda pasti lengkap.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.