Cara untuk membuat kudapan Bihun Cakar Madu kegemaran anak-anak!

Buatkan bihun cakar madu untuk anak-anak. Buat 1 paket bihun,byk juga dapat. Rasa rangup dan manis-manis buah je. Ni resepinya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ida Zaida. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air.
  • 1 cawan gula.
  • 1 plastik bihun.
  • 1 tutup pewarna.

Ni link video disertakan sekali mudah tiru. Senang faham bila tengok video ni. https://www.facebook.com/TerengganuFoodieChannel/videos/185229748848925/

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan air dan gula dalam kuali. Kacau sampai air gula menggelegak.
  2. Masukkan pewarna pilihan. Kacau sekejap agak-agak warna dah sebati masukkan bihun.
  3. Kacau lagi sampai warna dan bihun bersalut rata. Bila dah bersalut elok, boleh angkat letak dalam dulang atau apa-apa bekas.
  4. Panaskan minyak dalam 1 kg. Bila minyak dah panas, ambil sedikit bihun dan goreng sekejap dan masukkan dalam apa-apa acuan. Saya masukkan dalam gelas plastik dan tekap. Part menekap ni kena cepat-cepat sebab dia tak akan melekat kalau dah sejuk.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.