Cara untuk membuat Sup Siam yang sangat sedap. Rugi kalau anda tak rasa sendiri.

Assalamualaikum sis. Harini saya teringin nak makan sup tulang siam. Tengok harga tulang, mahal pulak, tak jadi ah. Jadi beli daging je lah sikit wat lepas teringin. Lagipun tulang bukan ade isi sangat pun. Rugi-rugi. sedap molek! Benda mudah je ni. Kalau awak malas buat jugak, tak nak dah ah bagi resepi.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Wan Luqman.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Daging.
  • Batang Sederi.
  • Ubi Kentang.
  • Tomato.
  • Cili Padi secukupnya.
  • 1 Paket perencah sup siam.
  • Bawang Putih dan bawang holland.
  • Lobak Merah.
  • 1 sudu besar sos ikan cap sotong atau nampla.
  • Air masak lebih kurang 200ml.
  • Gula sedikit.
Baca juga :  Dahaga tak? Jom pekena Teh Tarik Vanilla / Teh Ais Vanilla yang kaw-kaw sedapnya!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan belaka bawang putih, kentang, carrot dan celery. Tumis kejap je sampai bawang putih tukar warna ke golden brown.
  2. Masukkan sesudu nampla. Bila masuk ni, bau satu rumah macam bau kedai tomyam.
  3. Masukkan 200ml air masak. Kemudian baru masukkan daging.
  4. Masukkang 1 paket rempah sup siam adabi. Gentle reminder, pes ni die sedap tau cukup rasa semua. Kalau awak nak ejas sikit, boleh main dengan tomato. Garam jangan buh dah sebab kita dah letak nampla tadi. Kacaukan bahan dalam periuk atau kuali kita tadi sehingga sebati.
  5. Tambah lagi dalam 100ml air rebusan daging. Awak ambik yang jernih tu je tau.
  6. Masukkan sedikit gula. Saya guna Palm sugar thai. Di rumah saya ni serba serbi lengkap bahan masakan semua. Kemudian masukkan cili padi untuk tambah rasa kepedasan.
  7. Masukkan tomato dan bawang holland. Kemudian renehkan lagi sehingga mendidih.
  8. Siap dah. Awak hulur la semangkuk ke jiran dia tu. Hehe Selamat mencuba ya.
Baca juga :  Ikuti cara ini untuk membuat Nasi Beriyani Sedap yang pasti jadi!

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.