Ada peminat Tomyam Putih tak? Sekali cedok pasti tak cukup punya!

Tom Kha Gai Sup resipi, juga dikenali sebagai Chicken Coconut Sup adalah hidangan Thai sangat aromatik dan rasa dibuat dengan ayam, cendawan, serai,lengkuas dan cili padi dalam sup kelapa berkrim. Ianya adalah hidangan Thai yang enak yang pasti menghangatkan anda dengan rasa pedas,masam dan berkrim. Dan apa yang pasti ianya akan termasuk dalam senarai makanan kesukaan anda.

Resepi ini adalah kepunyaan Puan Nurul Ateekah. Terima kasih dan selamat menjamu selera.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 300 – 400 gram isi ayam dipotong kecil.
  • Bawang merah 3 – 4 biji.
  • Bawang putih 4 ulas dikatok.
  • 5 cm lengkuas dihiris.
  • 6 batang cili padi merah dihiris.
  • 2 batang serai dipotong serong.
  • 1 biji tomato dibelah 4.
  • 200ml coconut milk / santan.
  • 6 helai daun limau purut dipotong 2.
  • cendawan (tiram/cendawan butang/etc).
  • 2 sudu besar jus limau @ jus lemon.
  • 3 sudu besar sos ikan.
  • 1 sudu besar gula.
  • Daun ketumbar 3 Pokok (dipotong).
  • 1 – 2 cawan air.
  • 1 kiub ayam.
Baca juga :  Cara dan resepi lengkap untuk membuat Ayam Gunting yang rangup diluar dan berjus didalam.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Sediakan periuk dan masukkan air, serai, daun limau purut, bawang merah, bawang putih, akar ketumbar dan masakkan selama lebih kurang 6 minit.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang telah di potong kecil dan masak seketika. Seterusnya masukkan tomato, cili padi dan daun ketumbar.
  3. Masukkan sos ikan, jus limau @ lemon, kiub ayam, gula, cendawan dan masak sehingga ianya mendidih.
  4. Masukkan santan @ coconut milk. Masak seketika sehingga puas hati dan seimbang rasanya kemudian boleh tutup api. Siap untuk dihidang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pes Tomyam yang sedap dengan mudah

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.