Cara untuk membuat Ayam Goreng Kunyit bersama Sambal Lada. Juadah pasti tak tolak tepi punya!

Alhamdulillah, boleh la jadi menu lunch nanti. Ayam goreng kunyit & sambal lada. Makan dengan nasi panas-panas memang terangkat, tuang kicap sikit. Fuhh! Jilat jari beb! Mama Ina share resipi mana tau kot ada yang belom cuba cara ni. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Hazlina Othman. Selamat mencuba.

Bahan dan cara buat Ayam goreng kunyit:

  1. Potong ayam kecil-kecil. Kemudian campurkan 2 sudu besar tepung jagung, 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk kari, serbuk kunyit & 1 kiub ayam. Gaulkan sehingga semua bahan sebati, perap sekejap.
  2. Kemudian,goreng ayam sampai masak. Masukkan bawang holland, cili besar, Carrot & kacang panjang. Gaulkan dengan ayam tadi tu sekali ye.
  3. Goreng sekejap, kemudian angkat. Siap untuk dihidang!
Baca juga :  Sambal Cuka atau Sambal Jantan Ni Anda Kena Cuba. Sebab Rasa Sekali Pasti Bertambah Nasi Punya!

Bahan dan cara untuk membuat Sambal Lada:

Semua bahan agak-agak je okeh.

  1. Bakar belacan & bawang putih. Rebus cili kering dan toskan.
  2. Potong dua limau kasturi dalam 4 hingga 6 biji & buang biji.
  3. Masukkan cili besar merah, cili kering, cili padi, limau kasturi, belacan & bawang putih yang dibakar tadi.
  4. Masukkan garam, gula & cuka. Campur air masak sedikit agak-agak boleh blend & blendkan semua. Rasa sedikit, kemudian tambah apa yang tak cukup.
  5. Siap untuk dimakan!
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Belacan Goreng. Anda pasti tak percaya dengan kesedapanya nanti!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Pastikan kicap ada tau baru padu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.