Ayam Goreng Sambal Cili Padi ni tengok gambar pun dah terliur. Jom la kita buat untuk makan malam!

Hujung-hujung puasa ni mesti ramai yang dah malas nak masak makan berat-berat kan? Jadi kali ni kami nak kongsikan Cara untuk membuat Ayam Goreng Cili Padi. Mudah dan ringkas untu disediakan.

Terima kasih kepada Puan Nurul Ateekah untuk resepi hebat ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ayam dibelah 10 dan dibersihkan.
  • Serbuk kunyit dilumur pada ayam.
  • 1 batang serai (dikatok).
  • 1 helai daun kunyit (dihiris).
  • 1 tangkai daun ketumbar (akar sahaja).
  • Garam dan Serbuk perasa secukupnya.
  • Minyak masak.

Bahan-bahan kisar:

  • 20 batang cili padi hijau.
  • 7 batang cili padi merah.
  • 2-3 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Panaskan minyak dan lumurkan garam serta kunyit pada ayam kemudian goreng sehingga masak.
  2. Gunakan minyak yang Sama dalam 6 sudu besar dan tumiskan serai sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar dan tumis seketika.
  4. Masukkan akar ketumbar dan daun kunyit yang telah dihiris tadi dan sambung tumis kembali.
  5. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Bila dah puas hati baru masukkan ayam. GAUL RATA dan biarkan ianya merenih seketika. Siap dihidang.
Baca juga :  Dah cuba resepi ini? Moh la kita buat Nasi Ayam Hujan Panas. Konfem anda akan terpikat dengan rasanya yang sedap!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.