Cara untuk membuat Nyonya Kari Ayam Kapitan oleh Liza Idris. Rasa yang unik serta menambat selera anda!

Hari ni saya tukar citarasa masakan Baba Nyonya. “Nyonya Kari Ayam Kapitan.” Kalau ikut sejarah dulu kala, masakan ni dimakan oleh orang peranakan tersohor dan terkenal di Penang juga Melaka. Rasanya unik sungguh menambat selera. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Liza Idris. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Saya guna 1/2 ekor ayam yang dipotong kecil.
  • Cili kisar 3 hingga 4 sudu besar.
  • Air asam jawa anggaran 2 ke 3 sudu besar.
  • Suku santan kotak.
  • 1 cawan air.
  • 1 sudu gula.
  • Garam secukup rasa.
  • Sedikit daun bawang dan daun ketumbar.

Panaskan minyak, gaul ayam dengan garam kunyit dan goreng sampai masak. Angkat dan ketepikan dulu.

Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Nasi Briyani Padu bersama Kari Kambing / Ayam Viral Adabi. Pasti puas hati.

Bahan dikisar:

  • 1 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 1 inci lengkuas.
  • 3 batang serai.
  • 6 helai daun limau purut.
  • 2 tangkai daun dan akar ketumbar.

Potong halus dan kisar semuanya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak, masuk bahan dikisar tadi. Tumis sampai naik bau.
  2. Masuk pula cili kisar 3 atau 4 sudu besar. Tumis sampai pecah minyak. Biar pecah minyak, jangan tahi minyak.
  3. Masukkan ayam goreng tadi. Kacau sebati sambil selawat dalam hati.
  4. Letak air asam jawa anggaran 2 ke 3 sudu. Kacau dan kacau.
  5. Masuk suku kotak santan. Kacau dan kacau lagi. Kalau dalam masakan tak mengapa. Jangan kacau orang sudahlah.
  6. Masuk pula 1 cawan air. Kacau hingga mesra.
  7. Perasakan dengan 1 sudu gula juga garam secukup rasa. Kacau lagi hingga kuah jadi pekat. Tabur daun bawang dan dan ketumbar.
  8. Siap! Tunggu apa lagi senduklah nasi.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Pulut Panggang inti sambal ikan. Menu minum petang paling enak untuk anda sekeluarga!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.