Pernah makan tak Ayam Goreng Bawang ni? Rasa dia memang enak dan bau dia wangi je ayam ni bila dah masak!

Hari ni ada masa terluang jadi boleh la masak2 sedap sikit. Kaki bawang boleh cuba resepi ni. Selalunya kita jumpa ayam bawang ni dengan nasi kandar atau pun beriani.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam seekor berat 600-800gm di potong 4.
  • Rempah kari daging 2 tbsp.
  • Chicken powder 1 tsp.
  • Gula 1 tsp.
  • Tepung beras 5 tbsp.
  • Bawang merah 15 biji (hiris nipis ).
  • Minyak untuk mengoreng.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ayam digaul bersama rempah kari, chicken powder dan gula. Kemudian, masukkan 3 tbsp air.
  2. Seterusnya, masukkan 3 tbsp tepung beras dan gaul sebati.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masakdan empuk keemasan. Perlu digoreng dalam minyak yang banyak bagi mendapatkan gorengan yang cantik.
  4. Ketepikan ayam bila dah masak. Gunakan minyak yang sama untuk mengoreng bawang. Bawang merah yang dihiris tadi digaul bersama lebihan tepung beras. Goreng bawang sehingga garing,dan ketepikan.
  5. Dah siap semua barulah ditabur bawang goreng tadi diatas ayam. haaa gitew. Memang puas hati dan sedap. Makan pula dengan nasi panas pun dah cukup nikmat.
Baca juga :  Nak tomyam anda lebih sedap daripada biasa? Pes tomyam homemade ini adalah rahsianya!

Selamat mencuba dan selamat membawang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.