Ayam Masak Kam Heong ni sangat sedap! Anda kene cuba okay.

Resepi ni memang sedap makan dengan nasi panas-panas. Boleh bikin menambah tau. Rempah rempah yang di salut pada ayam tu perghh asikkk. Terima kasih kepada Hamizah Hassanudin.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 8-9 ketul Ayam ikut suka nak bahagian apa.
  • 2 Biji bawang besar dihiris nipis.
  • 5 Ulas bawang putih dihiris nipis.
  • 5 tangkai Daun kari.
  • 2 Sudu Rempah kari ayam.
  • 3-4 biji cili padi hijau.
  • 2 sudu sos cili.
  • 2 sudu sos tiram.
  • 1-2 sudu kicap manis. Pastikan kicap manis tau.

Cara-cara nak memasaknya:

  1. Perasakan ayam dengan kunyit dan garam. Gaul sebati.
  2. Panaskan minyak untuk mengoreng ayam tu. Ayam tu goreng sampai masak tau. Jangan lama sangat keras pulak nanti. Janji tak mentah dalam tu.
  3. Pakai minyak goreng ayam tu tadi jer. Kalau banyak buangkan sikit minyak tu. Lepastu tumiskan bawang besar 2 biji ,bawang putih 5 ulas dan jugak 5 tangkai daun kari tu tadi. Hiris nipis dulu tau.
  4. Tumis sehingga naik bau wangi tau. Syiokk la bau dia wangi kari tu.
  5. Dah agak garing dan wangi baru masuk kan 2 sudu rempah kari ayam tu tadi.
  6. Masak sampai pecah minyak tang ni. Rempah tu bagi masak tau. Nanti rasa mentah tak sedap pulak.
  7. Dah pecah minyak ,baru masuk kan cili hijau. Belah dua dulu cili tu dulu. Nak pedas boleh lebihkan. Miza sebab anak nak makan so guna 3 biji cili je ni.
  8. Masuk kan pulak 2 sudu sos cili.
  9. Masuk kan pulak 2 sudu sos tiram dalam tu.
  10. Lepastu masuk kan pulak 2 sudu kicap manis. Pastikan kicap manis tau. Jangan kicap masin. Jangan derhaka.
  11. Last sekali baru masuk kan ayam yang dah di goreng sebelum tu tadi. Tak payah masuk kan air . Kita nak kuah tu pekat pekat salut kat ayam tu. Gaul bagi rata yek.
  12. Okeyy siapp. Boleh la makan ngan nasi panas panas. Asikkk.
Baca juga :  Pernah makan tak Ayam Goreng Bawang ni? Rasa dia memang enak dan bau dia wangi je ayam ni bila dah masak!

Selamat mencuba gais.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.