Cara-cara untuk membuat Sos Bolognese yang padu dan mudah tanpa menggunakan sos prego sedia ada.

Sumber Gambar: Google

Resepi sos bolognese tanpa prego. Rasa sebijik mcm guna prego, malah lagi sedap. Resepi dari Nor Ain Nordin dan dikongsikan oleh Puan Noratiqah Nordin. Selamat mencuba. Dengan 1 sos. Boleh buat 3 menu sejak dah tau resepi ni. Tak selalu beli dah prego. Boleh la jimat sikit, sedap dan mudah untuk kita buat sendiri. Jom lah!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan sos tomato.
  • 3 sudu besar sos cili.
  • 3 sudu besar sos tiram.
  • 2 biji tomato.
  • 1 biji bawang merah.
  • Sedikit lobak merah.
  • 7 ulas bawang putih.
  • 1 sudu besar setiap Italy herb (oregano, parsley, basil).
  • Daging burger atau daging cincang secukupnya.
  • Garam secukup rasa dan Gula secukup rasa.
  • Kalau nak berkuah, boleh letak air sedikit.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Bubur Ayam yang paling sedap. Anda pasti puas hati dengan keenakanya!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga masak. Kemudian, masukkan sos tomato, sos tiram dan sos cili kemudian gaulkan bagi sebati.
  2. Seterusnya, masukkan tomoto yang telah dipotong dadu, lobak merah dan daging kemudian gaulkan lagi sehingga semua bahan tadi sebati bersama.
  3. Masukkan Italy herb. Ni penting. Tanpa ni, rasa sos bolognese tak menjadi. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan masak sehingga anda berpuas hati dengan rasanya. Pastikan semua rasa seimbang dan masak seketika.
  4. Tutup api dan dah siap kuah bolognese kita. Mudahkan? Boleh buat 3 menu untuk 1 resepi untuk pizza, bolognese dan makan dengan nanchos.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sos Merah Sengkuang Calit. Ringkas tapi padu!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.