Cara untuk membuat Macaroni Cheese Leleh yang padu dan menyelerakan. Tengok gambar pun dah tau sedap sesangat!

Resepi MACARONI CHEESE super sedap dan tersedap. Dulu suka sangat pergi 1 kedai western ni. Memang sy akan order macaroni cheese, tapi sekarang dah tutup. Dok fikir, macam mana nak buat macaroni cheese sesedap macam kedai tu buat. Try try try n error , asyik fikir fikir, akhirnye dapat juga buat macaroni cheese seakan kedai favourite ika.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noratiqah Nordin. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan Macaroni.
  • Air secukupnya untuk rebus macaroni.
  • Sedikit minyak untuk rebus macaroni.
  • 3  keping cheese keping.
  • 1 cawan cheese powder.
  • 1 sudu parsley, 1 sudu basil, 1 sudu oregano.
  • 3 cawan susu segar.
  • Nak lagi sedap. Letak mozarella cheese jika ada.
Baca juga :  Cara untuk membuat Macaroni Goreng Ayam atau daging. Menu sarapan yang terbaik untuk anda.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus dulu macaroni dengan air dan minyak sehingga kembang dan empuk.
  2. Kemudian masukkan susu kedalam kuali masakan bersama 3 keping cheese. Masukkan cheese powder. Ni rahsia kesedapan macaroni cheese kita nanti.
  3. Seterunnya masukkan herbs parsley, basil dan oregano. Kacaukan sehingga semua bahan tadi sebati. Bila kuah dah pekat masukkan pula macaroni yang kita dah rebus tadi. Gaul lagi sehingga semua kuah melitupi macaroni kita.
  4. Ok dah siap. Nak kuah banyak, banyakkan susu insha allah berkuah nanti macaroni kita. Nak lagi sodap. Letak mozarella cheese. Tu lagi bertambah sedap.
Baca juga :  Resepi Kailan Pekasam Daging

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.