Begini Rupanya Cara Paling Sedap Untuk Membuat Daging Masak Kicap. Confirm Licin Semangkuk!

Begini Rupanya Cara Paling Sedap Untuk Membuat Daging Masak Kicap. Confirm Licin Semangkuk! Setiap kali masak menu ni mesti kena masak lebih tau. Sebab anak-anak suka meratah tak pun makan dengan roti. Nak masak pun mudah je tapi sedap. Jom kita mula dan resepi ini adalah kepunyaan Puan Iza Abu Bakar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kilogram daging yang telah dipotong kecil.
  • 2 sudu besar rempah kurma.
  • 2 sudu besar kicap pekat.
  • 6 sudu besar kicap lemak manis.
  • 2 sudu besar cili kisar.
  • 4 ulas bawang putih dihiris nipis.
  • 3 ulas bawang merah dihiris nipis.
  • 1 inci halia dimayang.
  • 1 labu bawang besar potong bulat.
  • 1 biji tomato dipotong 6.
  • Rempah 4 sekawan.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • Garam, minyak dan air secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak kemudian goreng daging sehingga air daging habis keluar.
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah, tomato dan halia. Goreng sehingga semua bahan tadi berbau wangi.
  3. Masukkan rempah kurma dan cili kisar. Kacau sebati dan tambah sedikit air. Biarkan bahan tumisan mereneh seketika.
  4. Kemudian, masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, sos tiram dan garam secukupnya. Kacau rata serta seimbangkan rasanya mengikut selera kita.
  5. Untuk kuah kalau suka pekat, tak perlu la tambah air tapi kalau nak cair sedikit boleh la tambah air ya.
  6. Akhir sekali masukkan bawang besar. Kalau nak letak daun ketumbar pun boleh. Kacau rata dan masak seketika sehingga masak. Dah siap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sos Miang Pla Pao Thai. Apa sahaja yang dicicah automatik licin dek kesedapannya!

Selamat mencuba ye. Anda yang nak SHARE, dipersilakan.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.