Resepi Untuk membuat Sup Soto Ayam bersama Begedil dan sambal kicap yang padu beb!

Resepi Soto Letop. So sedap. Sini cik tie tepek resepi soto. Soto ni makan dengan sambal kicap letops, bergedil ditambah lagi dengan suhun rangup, mahunya tak sedor habis 2 mangkuk soto. Tak susah pun buat soto ni, buat sendiri lagi puas hati, boleh makan banyak kali gitew. Ada rahsia nak bagi sambal kicap tahan lama & sedap. Bergedil pun ada caranya supaya tidak pecah. Korang cubalah, rugi tak cuba tau.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ayam – potong 4.
  • 3 sudu besar rempah soto/rempah sup.
  • ¼ sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 jug air.
  • 4 sekawan -Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga.

Bahan-bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 1 batang serai.

Cara-cara untuk memasaknya:

  1. Tumiskan 4 sekawan dan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau & sedikit kuning.
  2. Kemudian, masukkan ayam bersama dengan rempah soto/rempah sup. Jika tiada rempah soto ganti dengan rempah sup. Kacau sehingga sebati dengan ayam.
  3. Bila sudah sebati dengan ayam, tuangkan air. Masukkan serbuk lada putih, perasakan dengan garam. Masakkan sehingga mendidih & ayam masak.
  4. Setelah masak, keluarkan ayam. Gorengkan ayam sehingga luarnya garing. Angkat dan carikkan ayam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Arab Kabsah paling lengkap dan sedap!

Bahan-bahan untuk membuat Sambal Kicap:

  • 2 genggam cili padi hijau.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Kicap secukupnya.

Cara-cara membuat sambal kicap:

  1. Goreng seketika dua bahan di atas.
  2. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng. Bila digoreng sambal kicap akan tahan lama & lebih sedap.
  3. Kisarkan dalam blender dengan kicap. Kicap tu letak sehingga tutup paras cili.
  4. Kisar sehingga hancur semuanya.

Bahan-bahan untuk membuat begedil:

  • 5 biji kentang – kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci.
  • 3 sudu besar daging cincang/ayam cincang.
  • 3 sudu besar bawang goreng.
  • Sedikit daun sup.
  • ¼ sudu kecil serbuk lada putih.
  • Garam.
  • 1 biji telur ayam.

Cara-cara membuat begedil:

  1. Goreng dulu ubi kentang sehingga lembut & kekuningan.
  2. Lenyekkan ubi kentang semasa masih panas. Masukkan daging cincang, daun sup, lada putih & garam. Bentukkan bergedil.
  3. Panaskan kuali. Sementara itu, pecahkan telur, kacau telur.
  4. Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tauhu Sumbat Ayam yang sangat sesuai sebagai juadah sampingan untuk berbuka anda.

Selamat mencuba korang semua.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.