Banyak Tanam Bayam Brazil? Jom buat Bayam Brazil Masak Lemak Udang! Confirm laku keras menu ini.

Sekali sekala kita layan menu kampung pulak pun okay juga. Rindu masakan kampung. Lebih-lebih lagi menu kenduri kan? Hehee korang jangan pandang sebelah mata tau resepi ni. Nampak je simple tapi licin seperiuk weh. Anak-anak saya siap hirup kuahnya tu sampai licin tau. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Iza Abu Bakar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bayam Brazil secukupnya.
  • 2 pek cendawan tiram disiat halus.
  • 1 batang lobak merah dipotong bulat.
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar.
  • 1/2 labu bawang besar dibelah 3.
  • 4 biji cili padi dibelah dua.
  • 7 ekor udang segar dikupas kulitnya.
  • 1 cawan santan pekat.
  • 1 bungkus tempe dipotong dadu.
  • Garam secukup rasa.
  • 2 cawan air.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Cucur Udang Garing diluar dan Gebu didalam

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula masukkan air ke dalam periuk. Masukkan bawang putih yang dah ditumbuk, biarkan dan renehkan sehingga mendidih.
  2. Bila dah mendidih, masukkan udang dan masak sekejap. Kemudian masukkan lobak merah, cili padi dan tempe. Kacau sehingga rata dan sebati.
  3. Masukkan bayam brazil, cendawan tiram dan bawang besar. Biarkan semuanya masak seketika.
  4. Akhir sekali masukkan santan dan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap baru tutup api. Jangan masak terlalu lama ye nanti sayur lembik dan santan pecah minyak pulak.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Rendang Pucuk Ubi. Padu dan Awesome!

Dah siap dah Bayam Brazil Masak Lemak kita. Boleh la dimakan dengan nasi panas-panas letak sikit sambal belacan. Anda boleh juga pelbagaikan bahan-bahan contohnya labu atau kobis. Selamat mencuba ya semua. Bagi yang nak SHARE dipersilakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.