Resepi Lengkap untuk membuat Nasi Daging Utara bersama Air Asam Kerisik.


Resepi Lengkap untuk membuat Nasi Daging Utara bersama Air Asam Kerisik. Nasi daging ni memang sangat popular di bahagian utara tanah air kita. Kesedapan dia takleh nak cerita. Kena cuba sendiri baru tahu keenekanya. Digandingkan bersama Air Asam Kerisik. Memang padu la.

Terima kasih kepada Puan Nuryusra Ibrahim Kutty kerana berkongsi resepi hebat ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan nasi:

  • 3 pot beras basmathi ditambah 4 1/2 pot air rebusan daging.
  • 1/2 pot susu cair.
  • 1 kg daging.
  • 2 biji bawang besar (hiris).
  • 3 ulas bwg putih (tumbuk).
  • 1/2 inci halia (tumbuk).
  • 1 sb lada hitam (tumbuk).
  • Rempat 4 sekawan.
  • 3 helai daun pandan.
  • 1 paket rempah kurma.
  • 1/2 kiub daging.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak sapi.
  • Daun ketumbar (tabur).
  • Bawang goreng (tabur).

Cara-cara untuk membuat Nasi Daging Utara:

  1. Rebus daging hingga empuk dan ketepikan. Tumiskan 4 sekawan bersama daun pandan, sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan masak sehingga keperangan. Bancuh rempah kurma,kuib dengan sedikit garam dan sedikit air rebusan daging di dalam 1 bekas.
  3. Kemudian tuangkan bancuhan rempah tadi ke tumisan bawang – masak hingga mendidih. Masukkan beras, daging dan air ke dalam periuk nasi, tuang semua bahan tumisan tadi dan tunggu sehingga masak.
  4. Apabila dah siap masak taburkan daun ketumbar & bawang goreng.
Baca juga :  Cara lengkap dan mudah untuk membuat Daging Dendeng!

Bahan-bahan untuk membuat air asam kerisik:

  • 2 biji Tomato (kisar kasar).
  • 1 biji bawang besar (hiris halus/kisar).
  • Cili padi (kisar kasar).
  • Cili merah (kisar kasar).
  • Daun ketumbar (hiris halus).
  • 1 sudu besar Kerisik.
  • Air asam jawa.
  • Gula perang dan garam secukup rasa.

Gaulkan kesemua bahan diatas dan sesuaikan rasa yang dikehendaki. Selamat mencuba!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.