Resepi Ayam Masak Halia

Kadang kala kita tak perlu bersusah payah untuk masak sesuatu yang terlalu complicated untuk dihidangkan kepada keluarga. Cukup sekadar masakan yang mudah tapi istimewa hidangan air tangan sendiri, dan dipadankan pula dengan nasi yang panas. Memang sedap! Sila lah cuba resepi ini ya.

Bahan-bahan:

  • Ayam potong kecil, kunyit dan garamkan kemudian goreng.
  • Bawang besar dihiris.
  • Bawang putih dihiris.
  • Cili kering potong2.
  • Halia hiris.
  • Lagi banyak lagi sedap.
  • Kacang panjang(optional).
  • Lobak merah(optional).
  • Kicap manis ABC.
  • Sos tiram.
  • Serbuk perasa maggi.

Cara membuatnya:

  1. Gunakan minyak lebihan goreng ayam tadi dan gorengkan bawang besar bawang putih cili kering juga halia.
  2. Masukkan ayam yg dah digorengkan. Kacau.
  3. Masukkan kicap manis ABC dan sos tiram. Kacau sebati.
  4. Masukkan kacang panjang dan lobak merah.
  5. Last sekali masukkan serbuk perasa maggi. Kacau kejap dan tutup api. Selamat mencuba.
Baca juga :  Resepi Kepak Ayam Bersalut Kuning Telur Masin. Menu pembuka selera anda sekeluarga.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Eiyda Aizrish. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.