Cara untuk membuat Tresek Jantung Pisang idaman kalbu. Rasa sekali pasti nak lagi!

Tresek Jantung Pisang Idaman Kalbu. Duk teringin nak makan tresek jantung pisang. Kebetulan semalam ada orang jual kita beli la. Hari ni baru kita buat. Maklumlah mengandung anak sulung ni dia ngidam memacam ha ha ha. Korang makan dak tresek ni. What is tresekk? Cannot explain gais. Hard to explain. Mari kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Puan Suhasnida Ismail. Selamat mencuba.

Bahan A yang diperlukan (Rebus dan Toskan):

  • 1 jantung pisang.
  • 1 sudu makan gula.
  • 1 sudu makan garam.
  • Air secukupnya.

Bahan B yang diperlukan (blend dan tumis):

  • 3 biji bawang merah.
  • 2 biji bawang putih.
  • Sehiris halia.
  • Sehiris lengkuas.
  • Sehiris kunyit.
  • 1 tsp ketumbar biji.
Baca juga :  Cara untuk membuat Keli Salai Masak Lemak Jantung Pisang. Resepi yang padu dan memikat selera anda.

Bahan-bahan Lain:

  • Minyak masak.
  • Ayam bahagian kaki, hati pedal dan seangkatanya.
  • 130 ml santan pekat.
  • Secubit asam jawa.
  • 2 cawan air.
  • 3 tbsp rempah kari.
  • 1 sudu makan rempah gulai kawah.

Bahan-bahan perasa:

  • 2 tsp penuh garam.
  • 2 tsp gula.
  • 1/2 keping nisan.
  • 1/2 tsp serbuk perasa.

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus dulu jantung pisang dan toskan. Kemudian, panaskan kuali dan tumis bahan yang di blend.
  2. Masukkan rempah kari dan rempah gulai kawah. Tumiskan sampai pecah minyak. Masukkan air kalau pekat, takut hangit pula kang.
  3. Masukkan air asam jawa dan ayam. Masak ler sampai empuk.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa pula.
  5. Masukkan santan dan jantung pisang. Kacau sebati dan masukkan bawang holland serta cili merah hijau.
  6. Siap untuk di hidangkan bersama nasi panas.
Baca juga :  Nak Menu Lunch Yang Super Sedap. Cubalah Ayam Goreng Serai Thai. Pasti habis dulu ni kalau ada!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.