Cara untuk membuat Keli Salai Masak Lemak Jantung Pisang. Resepi yang padu dan memikat selera anda.

Dah jemu rasanya makan keli goreng, keli sambal, keli bakar. Apa kata hari ini kita tukar selera. Jom buat keli salai berapi jantung pisang nak tak?

Buat kuah pekat-pekat, pedas-pedas sikit, dapat pula keli tu baru pancing…perghhhh!!!! Mesti fresh je rasa. Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Yaya. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 ekor ikan keli salai.
  • 2 keping asam keping.
  • 2 helai daun kunyit.
  • 1 batang serai diketuk.
  • Garam.

Bahan-bahan kisar:

  • 20 tangkai cili padi kampung – ikut suka pedas.
  • 1-2 inci kunyit hidup.
  • Sebatang serai.
  • Santan kotak (kara).

Cara-cara untuk membuat Keli Salai:

  1. Basuh ikan bersih dan toskan. Gaulkan ikan dengan sedikit garam.
  2. Bungkus ikan di dalam daun pisang. Salai atas api kecil. (Tak payah daun pisang pun tak apa. Saja nak bagi wangi). Apabila ikan telah siap disalai boleh angkat dan ketepikan.
Baca juga :  Cara membuat Sup Ikan Merah yang Simple tapi Sedap

Cara untuk membuat Kuah Keli Salai:

  1. Kisar semua cili padi, kunyit hidup, serai dan santan bersama air suam. Kisar dengan santan lagi mudah. Kuah akan kelihatan cantik jika dikisar siap-siap bersama bahan rencah yang lain.
  2. Masukkan bahan yang dah siap dikisar ke dalam kuali. Tambah air mengikut kuantiti kuah yang anda mahukan.
  3. Masukkan serai yang diketuk bersama daun kunyit dan asam keping. Saya masukkan bahan tambahan seperti pucuk paku dan jantung pisang.
  4. Perasakan dengan garam mengikut citarasa masing-masing. Apabila kuah telah siap dimasak, boleh tuang ke atas keli yang telai siap disalai tadi. Siap!
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Apam Mekar Sunquick. Simple tanpa menggunakan ovalet!

Selamat mencuba gaisssss.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.