Cara untuk membuat Ayam Masak Kurma. Menu yang paling laku dan disukai oleh semua orang!

Ini resepi kurma ayam yang jadi hidangan istimewa, sejak zaman arwah nenek lagi. Kak Has nak kongsikan dengan kalian semua. Apabila lihat resepinya, kak Has pun terfikir, Oh patutlah special. Masa dulu nenek Kak Has hidupnya taklah senang. Anak ramai, 8 orang. Jadi di Hari Rayalah sahaja mereka dapat menikmati sajian yang lebih ‘mewah’ sedikit berbanding hari biasa.

Bahan-bahannya:

  • Potongan ayam dalam 1 kg

Bahan dikisar kasar:

  • Bawang merah 15 ulas dan Bawang putih 7 ulas.
  • Bawang besar 3 biji dan Halia 1/2 inci.
  • Rempah kurma 7 sudu besar membuak dibancuh dengan sedikit air.
  • Kulit kayu manis 1 keping dan Bunga lawang 2 kuntum.
  • Cengkih 15 biji dan Pelaga 5 biji.
  • Badam 45 biji, direndam dalam air panas, dibuang kulit dan ditumbuk halus. Badam ni perlu banyak. Ia buat kuah rasa lemak sedap.
  • Santan pekat 1/2 kg campur dengan 1 mangkuk air panas.
  • Limau nipis 1 biji, diperah airnya.
  • Bawang besar 2 biji dibelah 2.
Baca juga :  Ada yang rindu dengan Kuey Teow Theng ni tak? Jom kita buat sendiri. Mudah dan senang je!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumis semua bawang yang dikisar kasar sampai kekuningan. Masukkan rempah kurma dan tumis seketika.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga dan tumis seketika.
  3. Masukkan badam tumbuk. Tumis rempah kurma sampai garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan santan pekat dan tambahkan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan ayam. Perlahankan sedikit api. Biarkan kuah mendidih sampai pecah minyak.
  6. Apabila ayam empuk, masukkan bawang besar yang dipotong 2 dan garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih lagi sampai pecah minyak.
  7. Sebelum tutup api, masukkan air perahan limau nipis. Yeay dah siap.

Alhamdulillah, ini resepi lama yang kak Has nak kongsikan dengan semua. Selamat mencuba.

 

Baca juga :  Cara untuk membuat Singgang Ayam Sihat

Related posts:

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.