Cara untuk membuat Telur Bumbu Kuning Pedas. Menu sedap dan popular dari Indonesia.

Saya first time masak resepi ni. Ambil dalam group ni jugak. Sedap sangat. Kuah pun pekat. Terima kasih owner punya resepi. Saya copy paste resepi balik ye. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah dan dikongsikan kembali oleh Puan Nailah El Farafisha. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Telur 8 biji ( direbus dan dibuang kulit ).
  • Serai 1 batang ( dikatok ).
  • Cili padi hijau 10 batang.
  • Lengkuas 3 cm dihiris.
  • Tomato ( dibelah ).
  • 2 helai Daun limau purut ( dihiris ).
  • 1 helai Daun kunyit ( dihiris ).
  • Santan fresh 700ml.
  • Serbuk perasa.
  • Garam.
  • 1-1½ cawan minyak.
  • Bawang besar 1-2 biji ✨.
  • Bawang putih 4 ulas ✨.
  • Halia 3cm ✨.
  • Kunyit hidup 3cm✨.
  • Cili hijau 3 batang ✨.
  • Cili padi hijau 10 batang ✨.
  • Cili kering 7-10batang ✨.
Baca juga :  Resepi Maggi Goreng. Mudah dan Sedap. Sesuai sangat kalau lapar tengah malam ni.

P/S: Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi. Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda ✨.

Cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan telur. Goreng sehingga 1-2 minit ATAU bahagian luar telur sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama untuk tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
  3. Masukkan santan ( guna API perlahan ) dan gaulkan serta masak sehingga sedikit kering.
  4. Kemudian, masukkan serai, lengkuas, cili padi hijau, tomato, daun limau purut dan daun kunyi . Gaulkan sehingga kering dan pecah minyak.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa dan gaul rata. Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika.
  6. Angkat dan siap untuk dihidang.
Baca juga :  Cara untuk menyediakan Daging Masak Hitam dengan mudah

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.