Cara untuk membuat Nasi Goreng Tomyam Nenas / Nanas yang padu, terbaik dan pasti puas hati.

Cara untuk membuat Nasi Goreng Tomyam Nenas / Nanas yang padu, terbaik dan pasti puas hati. Hidang ni untuk 2 hingga 3 orang makan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Masterchef che @ matgebu dan Cooked By Keroroyz Royz. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan nasi semalam, dileraikan.
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris.
  • 2 ulas bawang putih, hiris.
  • 1 batang serai, hiris.
  • 1 kiub tom yam “Maggi” – akk guna paste tomyam.
  • 6 ekor udang dibersihkan.
  • 2 sdm sotong dihiris – akk tambah.
  • 1/2 cawan hirisan daging batang pinang – akk gantikan ayam.
  • 1/2 cawan nenas madu, yang telah dipotong kiub.
  • 6 biji cili padi, dititik.
  • 1 camca besar sos cili thai.
  • Sos ikan secukup rasa (kalau tak de guna je garam).
  • 1/4 cawan gajus, digorang.
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan.
  • Bawang goreng untuk hiasan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Goreng Planta/Butter. Bakal menjadi menu kegemaran anak.

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskkan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai dan cili padi hingga harum, masukkan kiub tom yam (hancurkan) bersama-sama daging/ayam kacau rata dan tambah sedikit air.
  2. Bila daging/ayam embut, masukkan sos cili thai dan udang, sotong kacau rata.
  3. Masukkan nenas, kacau dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, dan kacau rata. Tambah nasi dan gaul, goreng dengan api besar. Tambah sedikit sos ikan dan rasa, jika perlu tambah lagi. Bila nasi kelihatan sedikit kering, boleh matikan api.
  4. Alih dalam bekas sesuai dan hias dengan taburan daun bawang, bawang goreng dan kacang gajus tadi. Hidangkan panas-panas.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Merah Goreng Berempah yang sangat padu dan beraroma sedap! Pasti anda suka!

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.