Tauhu Berlauk ni memang mudah disediakan. Cicah dengan sambal kicap memang padu beb!

1st time buat tauhu berlauk. Bau masa kukus sedap sangat. Tak sabar nak goreng untuk makan besama keluarga tersayang nanti. Insha Allah resepi ni senang giler untuk anda semua cuba. Ni buat versi tak pedas. Nak pedas, anda semua boleh tambah cili padi. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Umira Nor Azazudin. Selamat mencuba.

Bahan-bahan kisar tak perlu letak air:

  • 2 gulung tauhu telur.
  • 3 biji tauhu biasa.
  • 2 biji telur ayam.

Campurkan bahan yang telah dikisar tadi dengan bahan dibawah:

  • Isi ayam yang telah dicincang.
  • Lobak merah di dadu halus.
  • Bawang merah di dadu halus.
  • Daun bawang di hiris halus.
  • Garam, kiub ayam dan lada sulah secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tauhu Sumbat Ayam yang sangat sesuai sebagai juadah sampingan untuk berbuka anda.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bila semua bahan dah siap kisar, boleh la kukuskan. Saya kukus dalam acuan kuih lompang atau loyang. Kukuskan selama lebih kurang 10 minit atau hingga masak.
  2. Jangan risau, kalau tengok dia kembang macam kuih apam nanti. Bila dah sejuk, nanti dia ok balik.  Bila dah sejuk baru kita keluarkan dari acuan ya.
  3. Bila nak makan nanti, celupkan dengan telur dan gorengkan. Perghh memang sedap beb makan dengan sambal kicap! Padu beb.

Selamat mencuba ya!

Baca juga :  Macamni rupanya untuk membuat Nasi Goreng Cili Kering yang lebih sedap dari biasa. Boleh la sarapan nanti kita cuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.