Dah ada menu minum petang belum? Chicken Floss Bun ni pastinya enak untuk anda sekeluarga!

Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share cara untuk membuat Chicken Floss Buns. Chicken Floss Buns ni antara roti kegemaran saya kalau pergi kedai roti. Jadi hari ni saya nak cuba buat sendiri dan kongsikan resepinya kepada anda semua. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Khairunnisa Mohammad. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • *2 cawan tepung gandum serbaguna cap Lily.
  • *3/4 cawan air suam.
  • *2 sudu besar gula.
  • *1 sudu besar instant yis.
  • *1 sudu kecil baking powder.
  • *1 sudu kecil ovalet.
  • *Sedikit garam.
  • 1 sudu besar marjerin.

Cara-cara untuk membuatnya;

  1. Bahan-bahan yang bertanda * dicampurkan bersama dalam 1 bekas. Kemudian ulikan bahan tersebut sehingga rata dan licin.
  2. Kemudian masukkan marjerin. Uli lagi hingga licin dan elastik. Perap 1 jam. Bila doh dah naik 2 kali ganda, bahagikan doh kepada 8 hingga 10 bahagian. Bulatkan dan letak atas baking paper/paper cup dan sambung perap lagi selama 30 minit.
  3. Bakar doh kita tadi pada suhu 170 atau 180 darjah selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
Baca juga :  Resepi Pau Sambal @ Burger Malaysia

Bahan untuk membuat Sapuan atas roti:

  • Mayonis 1 cawan.
  • Susu pekat manis 2 sudu besar.

Cara membuatnya:

  1. Campurkan 2 bahan diatas dan gaul rata sehingga sebati. Roti yang dah siap tadi, potong di tengahnya. Masukkan sedikit mayonis ke dalam roti dan sapu di atas roti. Kemudian taburkan chicken floss atas roti. Chicken floss ni kita boleh beli kat kedai bakery.
  2. Jadi roti kita pun siap untuk dihidang.

Nak guna bun burger tu pun boleh. Atau bun roti john tu. So tak perlu buat roti sendiri. Tinggal sapu mayonis bersama susu dan tabur chicken floss je. Selamat Mencuba.

Baca juga :  Cara membuat Murtabak Ayam atau Daging

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.