Resepi Tauhu Bergedil Gebu Gebas Buncit bersama sambal kicap yang padu

Hai gais hari ni kakdil nak share resepi tauhu bergedil versi kakdil. Tak susah mana pun. Biasa beli rm5 6 biji tak puas makan. Haa buat sendiri makan la puas-puas. Jom cikidout.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nor Adila Shafie. Terima kasih.

Bahan-bahan tauhu bergedil:

  • Tauhu kering (20-25 biji).
  • 4 biji Kentang (rebus empuk).
  • 1 keping dada ayam (cincang).
  • 1 biji bawang besar (mayang).
  • 3 ulas bawang putih (ketuk).
  • 1/2 sudu kecil lada hitam.
  • 1/2 sudu kecil lada putih.
  • 4 sudu bawang goreng.
  • 2 tangkai daun sup (hiris halus).
  • 2 biji telur.
Baca juga :  Resepi Ikan Stim Ala-Ala Masakan Nyonya

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kupas kentang dan rebus jangan empuk sangat nanti lembik. Lenyekkan.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar, masukkan ayam cincang, perasakan dengan garam. Masak sampai ayam betul masak.
  3. Campur semua bahan, kentang + ayam + daun sup + bawang goreng + lada hitam + lada sulah. Gaul sebati.
  4. Potong tauhu, sumbat kentang dalam tauhu sampai penuh.
  5. Celupkan tauhu dalam telur dan goreng sampai garing.

Bahan-bahan sambal kicap:

  • 20 biji cili padi hijau.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 3/4 cawan kicap manis.
  • Sedikit garam.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Ayam Masak Halia. Sedap sangat sambil-sambil boleh buang angin dalam badan!

Cara-cara membuat sambal kicap:

  1. Goreng cili dan bawang putih sampai layu.
  2. Kisar sampai hancur. Siap.

Selamat mencuba gais.

One thought on “Resepi Tauhu Bergedil Gebu Gebas Buncit bersama sambal kicap yang padu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.