Peminat kuih rangai atau dangai ni ada tak? Jom kita buat sendiri sebab resepinya mudah sangat!


Dangai. 1st time buat. Selama ni ingatkan susah, rupanya mudah sangat .Ini pon sebab pak hencik request. Kalau tak, memang tak buat la. Dia asal utara. Kalau kat selatan ni memang jarang sangat ada kuih ni. Ada yg minat ke kuih ni? Jom kita cuba Resepi Dangai oleh Umira Nor Azazudin ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 biji kelapa putih.
  • 1 cawan tepung pulut.
  • 2/3 cawan gula.
  • Secubit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaulkan sebati semua bahan di atas. Adunan memang kering tau. Tak ada campur air setitik pun ya.
  2. Tuangkan bahan yang telah sebati tadi ke dalam loyang bersaiz 8 x 8.
  3. Ratakan adunan kita tadi dan jangan tekan-tekan. Biar longgar gitu.
  4. Taburkan gula sedikit di atas adunan kita. Bila dah siap bakar nanti, cantik kuah dangai kita. Bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah. Dah siap!
Baca juga :  Cara untuk membuat biskut kegemaran ramai iaitu Biskut Kacang Peas. Sangat sedap weh!

Jemput makan semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.