Cara untuk membuat Pecal bersama kuah kacang yang padu. Boleh makan sepuasnya lepas ni!

Siapa sama macam saya. Bila makan pecal berulang-ulang memang tak sentuh nasi 1 hari kalau makan ni. Jadi saya memecal hari ni. Boleh makan puas-puas. Terima kasih kepada Zaitun Abd Hamid kerana berkongsi resepi ini.  Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuah Pecal:

  • 25 Tangkai Cili Kering dibuang biji, cuci dan toskan bagi kering.
  • 3 cawan kacang tanah
  • 12 ulas bawang merah kecil atau 2 labu bawang besar.
  • 2 1/2 inci belacan.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 susu besar pes asam jawa adabi.
  • Gula melaka atau kabung tau gula biasa ikut kemanisan yang dikehendaki.
  • Sedikit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kacang tanah digoreng dengan sedikit 2 sudu minyak hingga keperangan. Buang kulit dan kisarkan jangan terlampau halus.
  2. Cili kering, bawang putih, bawang merah dan belacan goreng berasingan sehingga layu dan bau wangi, angkat dan ketepikan (guna sedikit minyak).
  3. Kisar bahan tersebut dengan 3 cawan air panas sehingga halus. Campurkan bahan kisar tadi dengan kacang tanah yang dah dikisar tadi.
  4. Sebatikan dengan gula, garam dan pes asam jawa. Perasakan rasanya mengikut tekak sesedap rasa la. Kalau agak pekat boleh la tambahkan sedikit air. Kalau nak renehkan kat atas api sekejap pun boleh. Kalau ada ubi cekur lagi sedap rasanya. Ubi cekur tu pun kena goreng dan kisar sama.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Ikan Bawal 3 Rasa. Guna ikan lain pun boleh. Sama je sedapnya!

Bahan-bahan Sayuran ikut atas kita seperti sedikit pucuk ubi, Kacang panjang, Taugeh, Tauhu goreng, Timun dan Sengkuang. Sayuran kena celur dahulu kecuali sengkuang dan timun.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.