Senang je nak buat Kuah Yong Tau Foo ni. Yang penting puas hati!

Senang je nak buat Kuah Yong Tau Foo ni. Yang penting puas hati! Resepi ini telah dikongsikan oleh Fastabiqul Khoirot. Selamat mencuba.

Bahan untuk Kuah hitam:

  • 2 sudu makan taucu.
  • 2 sudu makan tepung jagung.
  • 2 sudu makan tepung gandum.
  • 3 sudu makan kicap pekat.
  • 3 sudu makan sos tiram.
  • 4-5 sudu makan gula.
  • 3 cawan air.

Masukan semua dalam blender dan blender bagi taucu dan semua bahan menjadi halus. Kemudian masak bagi mendidih sekejap.

Bahan untuk Kuah merah:

  • 1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng.
  • 1 sudu makan tepung gandum.
  • 1 sudu makan tepung jagung.
  • 4- 5 sudu makan gula.
  • 3 cawan air.
  • 1/4 sudu makan garam.
  • 3 sudu makan cili blend
Baca juga :  Peminat Yong Tau Foo, Resepi kuah super sedap ini untuk anda dan semestinya menjimatkan!

Blender semua bahan diatas sehingga kacang tanah halus.

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian, tumiskan 2 biji bawang putih yang telah diketuk..
  2. Letak 3 sudu makan cili blend dan tumis sehingga kering.
  3. Masukan semua bahan yang telah diblender tadi. Masak sekejap untuk bagi kuah sedikit pekat lebih kurang dalam 5 minit.
  4. Dah Siap dan dah boleh dimakan dengan apa-apa bebola, sosej dan sayuran.
  5. Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Akhir sekali tabur bijan yang telah disangai bersama sedikit bawang goreng.
Baca juga :  Cara dan Resepi Untuk Membuat Yong Tau Foo

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.