Resepi dan Cara untuk Macaroni Bakar

Kali ni kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Macaroni bakar. Banyak kali dah buat sebenarnya, memang feveret anak-anak, kalau tak dapat nasi pun takpe janji ada menu ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sepeket makaroni (sis guna kimball yang macam tiub beskal).
  • Bawang holland 1 bj, bawang putih 3 biji, halia (cincang kiub).
  • Minced meat (ayam/daging).
  • 2 tin sos prego tradisional (merah).
  • Susu fresh milk.
  • Cheese slice.
  • 2 sudu butter.
  • Sesudu tepung gandum.
  • Cheddar cheese / mozarella cheese (untuk topping).
  • Telur 2 biji.

Makaroni:

  1. Rebus makaroni bersama minyak zaitun sesudu dan garam sikit.
  2. Angkat dan tos.
Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Mee Wantan Kicap Yang Sedap

Sos merah:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia.
  2. Masukkan minced meat separuh saja, tak yah banyak.
  3. Masukkan 2 tin sos prego.
  4. Perasakan dengan garam, gula jangan lupa ye dalam 2 sudu nak bagi rasa masam manis.
  5. (Optional) Boleh tmbah air dalam setengah cawan untuk bagi kuah banyak tapi jangan letak banyak sangat nanti lembik pulak.

Sos putih:

  1. Panaskan butter.
  2. Masukkan sesudu tepung gandum (Make sure api slow nanti butter hangus).
  3. Masukkan susu fresh setengah cawan.
  4. Dah gelegak masukkan cheese slice 2 /3 keping.
  5. Tutup api.
Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Rendang Kerang

Makaroni yang direbus tadi digaul bersama telur 2 biji untuk melekatkan sos putih dan sos merah bersama. Pastu, letaklah topping cheese tu, yang tu anak-anak suka sebab banyak cheese.

Bakar selama 30 minit suhu 180 darjah. Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Najihah Zakaria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.