Resepi wajib cuba. Ayam Kurma Madu. Rasa ayam dia pasti memukau!

Korang dah cuba belum nasi kurma ajwa hari tu. Malam ni abang nak share satu lagi resipi kurma ajwa. Maklumlah stok kurma banyak kat rumah ni. Memang sedap sangat, rugi kalau korang tak habiskan kurma korang. Terima kasih kepada Rizal KingRiz kerana berkongsi resepi padu ini. selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam.
  • 10 biji buah kurma Ajwa – belah dan buang biji.
  • 1 biji tomato dan 1 biji bawang besar dihiris.
  • 2 batang serai.
  • 2 sudu besar serbuk cili.
  • 2 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar madu.
  • Air secukupnya.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Daun sup dan daun bawang dihiris.

Bahan-bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Halia sihat tanpa minyak dan yang pasti lagi sedap.

Cara-cara penyediaan:

  1. Ayam digaul garam kunyit dan digoreng sehingga masak.
  2. Tumis bahan kisar dan serai sampai wangi.
  3. Masukkan serbuk cili dan sedikit air, masak sampai pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sebati. Masukkan buah kurma, bawang besar, buah tomato, madu dan air secukupnya.
  5. Kacau sehingga kuah mendidih, masukkan ayam dan gaul sebati.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Taburkan daun sup dan daun bawang.

Siap untuk dihidang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.