Boring dah makan nasi putih? Jom kita cuba Garlic Butter Rice pula. Pasti puas hati punya!

Kekadang tu jemu juga asyik makan nasi putih tapi nak masak nasi yang special tu macam lambat jer kan. Okey hari ni abang nak share resipi nasi yang sangat sedap tapi cukup mudah nak buat dia. Bila korang dah cuba gerenti korang repeat punya. Garlic Butter Rice resipi pantas ini adalah kepunyaan Abang Rizal KingRiz. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan beras.
  • 3 cawan air (ikut sukatan beras).
  • 1 sudu besar stock ayam
  • 100g butter.
  • 5 ulas bawang putih dicincang.
Baca juga :  Cara lengkap dan mudah untuk membuat Pai Daging Carbonara. Sedap dan mengenyangkan!

Cara-cara penyediaan:

  1. Masak nasi macam biasa bersama stock ayam.
  2. Panaskan butter dan goreng bawang putih sampai kekuningan.
  3. Bila nasi dah masak, masukkan butter bersama bawang putih tadi dan gaul sebati.
  4. Abang hidangkan bersama ayam bakar black pepper, sos cicah dan sup kosong.

Cubalah, pasti anda puas hati dengan kesedapanya. Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.