Cara untuk membuat Chicken Popcorn. Bekalan bersama nasi untuk anak anda memang terbaiklah!

Ayam popcorn ni memang sedap dan senang sangat untuk dibuat. Sesuai untuk dijadikan menu pembuka selera anak-anak anda. Konfem bertambah-tambah makan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Norhayu Hanafi. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Isi ayam 7 ketul potong dadu.
  • Sedikit serbuk kunyit.



Bahan 1:

  • 6 ulas Bawang putih.
  • 2 batang serai.
  • 1 sudu kecil lada hitam.
  • 1 inci halia.

Kesemua bahan 1 diatas perlu dikisar bersama sedikit air.

Bahan 2:

  • 4 tangkai Daun kari.
  • 2 sudu besar Serbuk cili.
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis.
  • 1 sudu besar Serbuk ketumbar.
  • 1 sudu besar Serbuk jintan putih.
  • 2 sudu besar Serbuk kari daging.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Creamy Chicken Mushroom Pie. Inti yang Enak, padu dan padat!

Bahan 3:

  • 2 biji Telur ayam.



Bahan 4:

  • 1 cawan Tepung gandum.
  • 1 cawan Tepung jagung.
  • 1 sudu teh Soda bikarbonat.
  • Secubit Garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaulkan ayam yang telah dipotong dadu bersama garam dan kunyit.
  2. Tuangkan bahan kisar ke dalam ayam tadi. Masukkan bersama bahan ke 2 dan gaul hingga sebati. Perapkan ayam tadi selama sejam atau lebih.
  3. Pecahkan telur ayam dalam bekas asing.
  4. Satukan bahan 4 dan gaul sebati. Celup isi ayam satu persatu ke dalam telur ayam tadi kemudian celup ke dalam tepung (bahan 4) dan terus masukkan ke dalam minyak panas satu persatu untuk digoreng. Buka api perlahan dan goreng sehingga masak kuning keemasan.
  5. Siap untuk diangkat dan toskan minyaknya sebelum dimakan. Sedap dimakan bersama sos cili. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Daging masak padprik / paprik yang sangat menggiurkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.