Dah Cuba Nasi Kurma? Rugi la kalau belum rasa sebab ianya memang sedap!

Makan apa tu? Malam ni Abang dan Mem masak nasi kurma. Ya nasi dimasak bersama buah kurma. Memang sedap sangat! Nah resipi, rugi kalau tak cuba. Nasi Kurma Ajwa Ketumbar ni adalah resepi kepunyaan Rizal KingRiz. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan beras basmathi.
  • 2 cawan air.
  • 1/2 cawan susu cair.
  • Pes kurma dan ketumbar. (Pes campuran kurma: 6 biji kurma Ajwa (dibuang biji) dan 1 sudu besar biji ketumbar dicampurkan dengan 1/2 cawan air dikisar halus).
  • 1/4 cawan badam dikisar kasar.
  • 1/2 labu bawang besar dihiris.
  • 2 ulas bawang putih dimayang.
  • Garam dan gula perang secukupnya.
Baca juga :  Roti Cinnamon Roll Yang Mudah dengan Menggunaan Roti Paratha Segera Sahaja! Sedap Beb.

Bahan-bahan tumis:

  • 1 batang kulit kayu manis.
  • 2 kuntum bunga lawang.
  • 3 biji buah pelaga.
  • 3 kuntum bunga cengkih.
  • 1 helai daun pandan disimpul.

Cara-cara memasak:

  1. Cairkan mentega di dalam periuk.
  2. Tumis bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi sehingga kekuningan.
  4. Masukkan beras, air, susu cair, badam kisar dan pes campuran kurma dan ketumbar.
  5. Tambah garam dan gula perang secukupnya. Didihkan hingga nasi masak dan tutup periuk.
  6. Kami hidangkan dengan daging masak pedas.

Jemput makan semua.

Baca juga :  Peminat Yong Tau Foo, Resepi kuah super sedap ini untuk anda dan semestinya menjimatkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.