Rindu Nasi Kenduri? Jangan risau ini resepi lengkap Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah untuk anda!


Nasi Tomato and the gangs. Kalau buat Nasi Tomato haruslah dengan Ayam Masak Merah. 2 lauk ni pon dah cukup. Jom la kita buat Resepi Nasi Tomato ni. Terima kasih kepada Hidayati Hana.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan beras basmathi.
  • Air secukupnya. Anggaran air 1 cawan beras basmathi bersaman 1.5 cawan air.
  • 1/2 cawan susu cair.
  • 2 helai daun pandan.
  • 3 sudu besar tomato puri.
  • 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga).
  • Sedikit minyak/marjerin.
  • 4 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 1 kiub pati ayam.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara untuk membuat Nasi Tomato:

  1. Beras direndam selama lebih kurang 30 minit kemudian basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia. Masukkn 3 sekawan dan daun pandan. Bila bahan tumis dan masak dan layu masukkan pula tomato puri. Kemudian masukkan beras tadi.
  3. Masukkan pula susu cair, air secukupnya, kuib pati ayam dan garam.
  4. Pindahkan kesemua ke dalam periuk nasi dan biarkan nasi masak seketika. Bila dah kering kacau sekejap guna garfu. Taburkan kismis dan bawang goreng sebagai hiasan tambahan.
Baca juga :  Resepi Chicken Grill yang Juicy dan sedap

Bahan untuk membuat Ayam Masak Merah:

  • 1/2 ekor ayam.
  • 2 cawan cili kisar.
  • 2 biji bawang besar *.
  • 4 ulas bawang putih *.
  • 1 inci halia *.
  • 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga).
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • Air anggaran 1 cawan kalau nak berkuah boleh letak lebih.
  • Garam dan gula secukupnya.
  • 1 biji bawang besar hiris sebagai hiasan.
  • Daun bawang.
  • Kacang peas dalam tin.



Cara-cara untuk membuat ayam masak merah:

  1. Ayam digoreng dengan garam dan kunyit. Dalam masa yang sama kisarkan bahan yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan * sampai naik minyak. Masukkan 3 sekawan dan cili kisar. Tumis sampai cili garing.
  3. Kemudian, masukkan sos cili dan sos tiram. Masukkan pula air, garam dan gula selanjutnya.
  4. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan bawang besar yang telah dihiris. Boleh masukkan juga kacang peas jika anda suka.
  5. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.
Baca juga :  Cara membuat Spicy Buttermilk Spaghetti. Rasanya memang sedap dan tak muak.

Cara untuk membuat Acar Nanas dan Timun:

  • 1/2 biji nanas.
  • 1 batang timun.
  • 2 biji cili merah.
  • 2 sudu besar oren sunquick.
  • Garam dan gula.

Potongkan nenas dan timun serta hiriskan cili. Kemudian gaulkan kesemua bahan. Dah siap! Selamat mencuba.

One thought on “Rindu Nasi Kenduri? Jangan risau ini resepi lengkap Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah untuk anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.