Cara untuk membuat Gulai Pucuk Paku bersama Labu Masak Lemak. Confirm nasi tak cukup sepinggan dek kesedapanya!

Penangan pucuk labu, hakak fengsan kekenyangan. Gara-gara nasi 3 pinggan. Ada sesiapa yg suka pucuk labu cam hakak? Ni Puan Suzana Yaakob berkongsikan kepada anda cara untuk membuat menu yang sangat padu ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ikat pucuk labu (ambil pucuk sahaja, kerana daunnya liat).
  • 1/2 biji labu masak (potong dadu).
  • 1 cawan santan Mawar Hizs.

Bahan tumbuk:

  • 6 biji bawang merah.
  • 3 biji bawang putih.
  • 1 jemput ikan bilis.
  • 3 biji cili padi.
  • 1 sudu kecil lada hitam.

Cara-cara untuk masak:

  1. Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak (jika suka). Saya lebih suka tanpa menumis.
  2. Rebus bahan tumbuk dengan 2 cawan air. Masukkan labu hingga empuk, barulah masukkan 1/2 cawan santan dan garam.
  3. Setelah didih masukkan pucuk labu dan lebihan santan. Tambah air, dan adjust kepekatan ikut citarasa. Saya suka yg cair-cair sikit.
  4. Didihkan jangan sampai layu. Hidangkan dengan sambal belacan/sambal tumis dan ikan goreng/masin.
Baca juga :  Resepi Ketam Masak Lemak bersama Nanas. Pasti terangkat rasanya beb! Cubalah.

Selamat memasak.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.