Cara untuk membuat Kuey Teow Ladna bersama Cili Kicap yang padu.

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuey Teow Ladna bersama Cili Kicap yang padu. Lebih puas hari masak kuey teow ladna di rumah! Boleh letak banyak-banyak seafood. Barulah puas makan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Hamizah Bakhtiar. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 ulas bawang putih dihiris.
  • 6 ekor udang.
  • 1 ekor sotong dipotong kecil.
  • 2 ketul fishcake dipotong serong.
  • 1 bili cili padi dibelah dua.
  • Kobis bunga dipotong.
  • Lobak merah dihiris.
  • Pakchoy dipotong kecil.
  • 1/2 kiub pati ayam.
  • 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan air.
  • 1 biji telur.
  • Air secukupnya.
  • Garam.
  • 1 paket kuey teow.
  • Kicap manis.
Baca juga :  Resepi Ikan Bakar Golek Terengganu. Sedap dimakan bersama nasi panas.

Bahan untuk membuat cili kicap:

  • Cili padi dihiris nipis.
  • Kicap manis.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Leraikan kueyteow kedalam mangkuk. Masukkan sedikit kicap manis dan gaul hingga rata.
  2. Panaskan minyak, goreng kuey teow hingga masak. Angkat dan ketepikan. Di periuk lain, tumis bawang putih hingg wangi.
  3. Masukkan sotong dan udang dan tumis hingga keluar air.
  4. Masukkan air secukupnya kedalam periuk. Bila kuah mendidih, masukan kobis bunga, lobak merah, cili padi, kiub ayam dan fishcake. Didihkan kuah 5 minit.
  5. Setelah didih, masukkan pak choy dan garam secukup rasa. Perlahankan api, Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sebati.
  6. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau telur. Bila kuah dah pekat, Masukkan telur kedalam kuah dan kacau kuah hingga sebati. Kuah dah siap!
  7. Masukkan kuey teow kedalam pinggan. Tuangkan kuah keatasnya.
Baca juga :  Cara dan Resepi Untuk Char Kuey Teow yang sedap dah terbaik.

Siap! Boleh lah dihidangkan! Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.