Cara mudah untuk membuat Tauhu Sumbat Sayur bersama sosnya yang memikat selera untuk minum petang anda.

Kami nak kongsikan kepada anda menu untuk minum petang yang mudah untuk disediakan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Eh Isme. Jom kita cuba buat sendiri Tauhu sumbat beserta sosnya yang bakal memikat selera anda.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Tauhu secukupnya.
  • Sayuran seperti timun, carrot, sengkuang, tauge
  • Isi ayam sedikit untuk mempelbagaikan rasa tauhu sumbat kita nanti.

Cara untuk membuatnya:

  1. Tauhu tadi digaul dengan sedikit kunyit dan garam kemudian digoreng sehingga luarnya menjadi kuning keemasan.
  2. Bila dah selesai goreng, tunggu sejuk sedikit sebelum dipotong dua menjadi bentuk segi tiga. Kemudian, belah tengahnya bagi ada ruang nak sumbat isi sayur nanti.
  3. Sayuran tadi seperti Timun , sengkuang, carrot dihiris nipis-nipis ya. Tauge pula dicelur sekejap dan isi Ayam direbus sehingga empuk dan masak. Kalau takde ayam pun takpe sebab saya saja letak nak pelbagaikan rasanya nanti.
  4. Sumbatkan sayuran bersama tauge dan ayam kedalam belahan tengah tauhu. Buat sehingga kesemua tauhu yang ada tadi habis diisi.
Baca juga :  Cara untuk membuat Homemade Sushi dengan Mudah

Untu membuat Sos pula:

  1. Sediakan Cili Masak, cili api, bawag putih 3 ulas, garam, gula, sedikit perahan limau kasturi dan sedikit air. Kuantiti air akan menentukan banyak mana sos yang nak dibuat.
  2. Kisarkan kesemua bahan tadi kemudian masak diatas kuali sehingga puas hati dan tidak mentah. Sesuaikan rasanya sebelum dimakan bersama tauhu yang telah disumbat tadi.
  3. Siap untuk dijamah bersama keluarga tersayang.

Selamat mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.