Cara untuk membuat Sambal Belacan Goreng. Anda pasti tak percaya dengan kesedapanya nanti!

Hari ni saya nak share resepi sambal belacan goreng. Boleh makan dengan nasi panas-panas, ikan goreng , ayam goreng, ikan bakar atau ayam bakar dan lain-lain menu yang anda suka. Jom la kita cuba resepi sambal belacan goreng yang telah dikongsikan oleh Puan Ani zam ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 biji cili besar.
  • 15 biji cili padi.
  • 3 biji tomato.
  • 3 biji bawang merah.
  • Sedikit belacan.
  • Garam dan gula secukupnya.
  • 5 biji limau kasturi diperah dan diambil jusnya sahaja.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gorengkan kesemua bahan-bahan diatas kecuali jus limau kasturi dengan menggunakan sedikit minyak sehingga layu.
  2. Kemudian kisarkan bahan-bahan tersebut. Bila dah siap kisar, tumiskan sekejap sehingga pecah minyak.
  3. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali perahkan air limau kasturi dan kacau sebati. Kemudian tutup api dan dah siap.
Baca juga :  Nasi Tomato ni sedap bila digandingkan bersama Ayam Masak Merah dan Jelatah Timun!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.