Cara Membuat Roti Golok yang Gebu, lembut dan menyelerakan!

Resepi roti golok ni sama macam roti biasa jugak. Cuma atasnya disapu dengan butter yang banyak dan di tabur gula. Lagi banyak butter lagi sedap. Resepi ini telah dikongsikan Oleh Puan Farisha Sofea. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan A:

  • 1 cawan air suam.
  • 1 paket yis segera.
  • 4 sudu besar gula.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • 1 biji telur / kuning telur.

Bahan B:

  • 4 cawan tepung roti / tepung gandum ( diayak ).
  • 1 sudu besar susu tepung.
  • 2 sudu besar mentega / marjerin.
  • 1 sudu kecil pelembut roti.
  • 1/2 sudu kecil garam halus.

Bahan Topping:

  • Mentega / marjerin.
  • Gula kastor secukupnya.
Baca juga :  Resepi dan Cara Untuk Membuat Pastri Sardin Gulung Bakar

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan kesemua Bahan A kecuali telur. Kacau sebati. Biarkan sehingga yis mengembang. Di dalam bekas lain, satukan pula Bahan B. Ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Campurkan telur ke dalam Bahan A tadi dan aduk rata. Tuangkan Bahan A ke dalam Bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh. Uli doh sehingga lembut dan elastik.
  3. Bulatkan doh dan sapukan keliling doh dengan sedikit minyak. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.
  4. Tumbuk-tumbukkan doh tersebut dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Terpulang nak buat saiz besar atau kecil. Kemudian bentukkan doh tersebut.
  5. Susunkan di dalam loyang pembakar yang telah digris mentega/majerin. Rehatkan anggaran 20 minit atau sehingga doh mengembang Panaskan oven.
  6. Sapukan permukaan doh dengan sedikit air. Bakar pada suhu 180┬░C selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
  7. Setelah masak sejukkan seketika sebelum diletakkan topping. Siap. selamat mencuba!
Baca juga :  Resepi Roti John bersama intinya yang sangat padu dan menyelerakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.