Resepi sambal tempe bersama ikan bilis dan kacang. Lauk yang memang boleh diratah macamtu je!

Sambal Tempe + Bilis + Kacang. Ni kalau meratah depan TV tak perasan habis 1 bekas. Saja buat stok simpan untuk sahur. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Sharinaz Redwan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan Resepi:

  • 6 peket tempe – hiris nipis, goreng bagi betul-betul rangup.
  • 2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, try masuk air fryer kejap, insyaAllah rangup balik.
  • 500g kacang, – cuci, tos, goreng jugak.

Bahan untuk sambal:

  • 2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi ummppphh.
  • 3 biji bawang merah – blend.
  • 5 ulas bawang putih – blend.
  • 1 ketul gula kabung.
  • 4 keping asam keping.
  • Garam secukupnya.
  • Minyak goreng tempe tadi.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Kentang Ikan Bilis. Menu yang boleh dimakan begitu sahaja!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumis bahan blend, dengan gula kabung, asam keping, sampai pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing ye.
  2. Dah siap, tutup api, biar kejap, letak garam ikut tekak masingĀ², boleh masuk tempe, kacang bilis tadi.
  3. Siappp…makan nasi panas-panas memang sedappp uiiii. Semoga bermanfaat.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.