Cara untuk membuat Sambal / Kerabu Kacang Panjang Chiang Mai

Sambal Kacang Chiang Mai. Resipi ni mak saya suka buat utk kami sekeluarga. Mak dapat resipi dari jiran lama asal dari chiang mai, Thailand. Diorang makan sambal ni bukan dengan nasi tau tapi cicah dengan pulut. Kan orang thailand suka makan pulut. So mak KZ ubah cara sikit dia.

Makan sambal kacang cicah dengan ikan goreng atau ikan bakar plus dengan nasi panas. Perhhh sedap kemain uloss.. Rugi sangat kalau tak cuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Norbaizura Sani. Terima kasih.

Baca juga :  Cara dan resepi untuk membuat Kacang Pool. Menu popular Negeri Johor

Bahan bahan yang diperlukan adalah:

  • Kacang panjang. Jangan beli kacang panjang warna hijau pekat tu, beli yang warna hijau muda sikit tu.
  • Mangga muda.
  • Belacan.
  • Cili padi.
  • Belacan.
  • Limau nipis.
  • Garam/gula dan aji sikit.

Cara untuk membuatnya:

  1. Tumbuk Belacan, cili, garam, gula dan aji sikit. Tumbuk sampai lumat.
  2. Masukkan kacang dan tumbuk lagi.
  3. Letak mangga kemudian tumbuk lagi.
  4. Perahan limau nipis ikut selera korang sbb kadang mangga kurang masam jadi kena tambah dengan limau nipis.
  5. Siap. Fuhhh makan dengan nasi panas sedap uloss.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Kelatan atau Sambal Mok. Sambal padu dan sangat sedap!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.