Resepi Asam Pedas Ikan Kembung. Sekali cuba pasti teringat nanti!

Asam Pedas Ikan Kembung Lemak. Menu favourite arwah ayah. Arwah ayah orang Johor. Memang boleh kata seminggu tu mesti ada menu ni mak masak. Anak dia kalau masak kadang-kadang jadi, kadang-kadang idok.

Tips mak, tumis cabai tu kena lama, biar betul-betul masak. Alhamdulillah, hari ni mood asam pedas sis berkerjasama dengan baik. Resepi ni ikut style saya ye, kalau tak sama dengan tuan, puan, maaf ya. Sebab ada bahan saya memang tak masukkan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sharinaz Redwan.

Bahan-bahan blend:

  • 2 biji bawang besar.
  • 3 biji bawang merah.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 inci lengkuas.
  • 2 inci halia.
  • 3 batang serai – kalau nak titik je pun boleh.
  • 2 senduk cili blend.
Baca juga :  Musim tengkujuh ni sejuk-sejuk sedap makan Sup Ikan Merah. Puas hati hirup panas-panas. Jom cuba!

Bahan-bahan lain:

  • Ikan kembung @ ikan apa-apa pun ok.
  • Minyak untuk menumis.
  • Air asam jawa.
  • Daun kesum.
  • Bunga kantan.
  • Garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumis bahan blend sampai betul-betul pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, tambah air sikit. Biar didih kejap.
  3. Dah didih boleh masuk ikan, bunga kantan, daun kesum. Biar api sederhana sampai didih dan ikan masak.
  4. Last sekali letak garam secukupnya. Nak letak perasa pun boleh. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.